KSB TRAVEL & TOURS SDN BHD
KSB Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan dari hasil mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Konsortium Sepang Berhad pada tahun 1992 yang didasarkan kepada resolusi penubuhan Konsortium Sepang Berhad.
Penubuhan KSB Travel & Tours Sdn Bhd, adalah untuk memberi perkhidmatan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan juga semua pemegang-pemegang saham Konsortium Sepang Berhad yang merupakan masyarakat daerah Sepang di samping mendapat keuntungan.
Penubuhan KSB Travel juga bertujuan memenuhi hasrat kerajaan dalam menyahut cabaran bagi usahawan Bumiputra. Juga bagi memperolehi pegangan ekuiti dalam pasaran agensi pelancong di Malaysia.
Dengan operasi awalan di pejabat berlokasi di Lembah Pantai pada tahun 1992 dengan hanya satu produk juala prestasi syarikat terus meningkat ke tahap yang mengkagumkan. Kini syarikat telah berpindah pusat operasi di Desa Pandan dan masih beroperasi dengan produk utamanya UMRAH dan Haji. Pada tahun 1995 syarikat telah di beri kepercayaan oleh MAS untuk menjadi salah satu agensi pelancongan yang dilengkapi dengan sistem percetakkan tiket automatik.
Kini pelanggan kami adalah terdiri dari agensi-agensi kerajaan, syarikat korporat and individu. Manakala pencapaian bagi produk utama kami telah mencecah 2600 orang setahun. Ini menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga 2004 KSB Travel & Tours Sdn Bhd telah berjaya menempatkan diri di kalangan 100 agensi pelancongan terbaik di Malaysia. Selain dari itu KSB Travel & Tours Sdn Bhd juga telah dilantik sebagai agensi pelancongan yang dipertanggungjawabkan dan berlesen untuk membawa jemaah haji Malaysia oleh pihak Lembaga Tabung Haji di bawah skim Pengelola Jemaah Haji Swasta dari tahun 1995 sehingga kini.
Hasil dari usaha dan strategi pemasaran yang baik dan adunan kakitangan yang berpengalaman, KSB Travel & Tours telah dianugerahkan pelbagai anugerah oleh syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia, khasnya MAS.
Kami percaya dengan perancangan yang teliti dan praktikal pencapaian syarikat akan lebih baik dan dapat berada di kalangan 50 agensi pelancongan terbaik di Malaysia.